Semai dan Tanam Biji Epal Anda Sendiri!



 Buah Epal merupakan salah satu buah-buah yang diimport untuk pasaran tempatan. Buah Epal sudah tidak asing lagi bagi penduduk negara ini. Hal ini kerana buah ini sentiasa mendapat sambutan sama ada untuk dijadikan buah tangan, rojak, makanan tambahan dan diet, buah ini juga selalu menjadi hidangan dikala kenduri kendara seperti di Sabah, khususnya daerah Lahad Datu. Terdapat kawasan-kawasan tanah tinggi di Malaysia mula menanam dan menghasilkan buah Epal tempatan sendiri. Sebagai contoh, kawasan tanah tinggi Cameron Highland telah lama menghasilkan buah Epal sendiri yang berbuah sekitar bulan Julai atau November sejak tahun 2014 lagi.


Adakah anda peminat buah Epal? Inginkan pokok Epal sendiri?  Saya sendiri merupakan peminat buah Epal sendiri!. Oleh kerana buah ini menjadi salah satu buah kegemaran saya, saya telah menyemai biji benih buah Epal saya sendiri, dan hasilnya saya berjaya. Bahan dan peralatan yang digunakan menanam buah Epal ini adalah:


  • Beberapa helai tisu/kertas
  • Beberapa biji Epal kegemaran anda
  • Bekas makanan kedap udara
  • Kapas
  • Sedikit air
  • Dan semestinya peti sejuk
Jom mulakan misi anda untuk menanam pokok Epal anda sendiri! 

Langkah-langkah yang diperlukan ialah seperti yang berikut:

  • Sediakan biji benih Epal yang telah disisihkan dari isi buah Epal. Cuci bersih dan dan keringkan di atas kertas tisu. Kertas tulis pun boleh digunakan.
  • Ambil bekas makanan kedap udara, letakkan kapas kedalam bekas tersebut
  • Tuangkan air sedikit ke dalam bekas. Jumlah air yang digunakan bergantung kepada jumlah kapas dan saiz bekas makanan. 
  • Sila pastikan air tidak terlalu banyak atau sedikit. Memadai sekiranya air meliputi kapas
  • Letakkan biji epal secara tersusun, tutup bekas makanan dan simpan kedalam peti sejuk bersuhu sederhana.

Masa yang diambil untuk biji Epal bercambah adalah bergantung kepada jenis buah Epal itu sendiri. Ada yang mengambil masa selama seminggu, dua dua minggu, mahupun sebulan. Biji Epal saya bercambah dalam tempoh masa tersebut.
Pastikan bekas sentiasa tertutup rapat dan jaga suhu.Tukar kapas dan air sekiranya perlu sahaja. Namun begitu, saya tidak pasti sama ada anak pokok Epal berbuah ataupun tidak. Hal ini dipengaruhi oleh cuaca tempat anda sendiri. Kawasan tempat tinggal saya bukan la dikawasan tanah tinggi. Peratusan untuk pokok Epal berbuah adalah amat rendah. Namun begitu, saya tetap mencuba kerana kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang. Siapa tahu pada masa akan datang pokok Epal saya akan berbuah?. Berikut merupakan koleksi 6 anak pokok Epal saya: 


Sehingga kini, saya mempunyai 6 anak pokok Epal yang berjaya tumbuh dan bertahan hidup. Anak pokok Epal saya berusia lebih satu tahun lebih. Yang menariknya, iklim tempat tinggal saya bercuaca panas, namun anak pokok Epal saya masih hidup subur dan membesar.  Bagaimana dengan anda? Adakah anda sudah bersedia menanam anak pokok Epal anda sendiri?

Ulasan

Catatan Popular