Kacang Soya di Laman Rumah Anda!!! Jom Tanam?

 

Kacang Soya.




      Kacang Soya? Siapa yang tidak mengenali Kacang Soya?. Kacang Soya merupakan sejenis tanaman kekacang yang dipercayai berasal dari benua Asia (East Asia). Kacang Soya dikenali sebagai Glycine Max (nama saintifik) dan dikenali sebagai kacang Kedelai di Indonesia.



Gambar 1: Kacang Soya saya yang telah matang.



      Kacang Soya merupakan komoditi yang sangat bernilai bagi beberapa negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat (USA), China dan India. Pengeluar utama kacang Soya ialah Brazil, Argentina, China, dan India. Pengeksport utama bagi komoditi ini ialah negara Amerika Syarikat (USA). Tanaman ini merupakan tumbuhan tempatan Asia Tenggara dengan peratusan 45%, manakala 55% bagi Amerika Syarikat.


Gambar 2: Kacang Soya yang matang bersama kacang yang kurang matang.

      

Mari kita kupas sedikit ciri-ciri tanaman istimewa ini. Kacang Soya mempunyai akar tunjang, tumbuh secara menegak dan mempunyai daun yang rimbun. Ukuran tinggi tanaman ini berukuran 70 sentimeter. Sebelum menghasilkan buah kekacang yang sedap, pokok kacang soya akan mengeluarkan gumpalan bunga berwarna putih dan ungu. 

 
Hai, ibubapa di luar sana!! Jom tingkatkan tahap pengetahuan dan penuturan Bahasa English anak-anak anda secara dalam talian!!. Dapatkan khidmat penutur dari negara Barat seperti Amerika, Canada dan banyak lagi. Pastikan anak-anak anda menguasai Bahasa terluas di dunia, jika bukan SEKARANG, bila LAGI? Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Berminat? Jom tekan gambar di atas!!.

Gambar 3: Bunga Kacang Soya yang berwarna ungu.



Gambar 4: Bunga Kacang Soya yang berwarna putih.




   

      Sebelum kita berbalik kepada topik asal, mari kita kaji dahulu sedikit kegunaan Kacang "comel" ini. Bagi negara Barat seperti Amerika Syarikat, tanaman ini penting sebagai sumber minyak ( minyak sayuran) dan sebagai makanan ternakan utama. Bagi negara Asia pula, seperti Malaysia sendiri, tanaman ini penting dalam penghasilan pelbagai jenis makanan seperti kicap, tauhu, dan tempe. Secara keseluruhannya, kacang Soya ini amat berguna dalam proses pembuatan makanan seperti tauhu, tempe, susu Soya, yogurt, cream cheese (Soy), dan lain-lain. Selain proses pembuatan makanan, Kacang Soya juga penting dalam proses pengilangan untuk penghasilan minyak sayuran, kosmetik dan sabun.



Gambar 5: Kacang Soya yang separuh matang yang masih berwarna kehijauan.



        Jom kita mulakan misi penanaman kacang soya di laman rumah anda. Sebelum itu pastikan anda telah mempunyai biji kacang soya yang hendak di semai yaaa....heheheheh.



Gambar 6: Hasil Kacang Soya saya yang telah pun matang.


 

        Sebenarnya cara penanaman kacang ini amatlah mudah. Sekiranya tanaman ini membuahkan hasil, anda boleh menikmati sendiri susu kacang homemade (bahan dan caranya akan diulas pada artikel akan datang) yang asalnya "dari ladang anda sendiri". Menarik bukan? Haa apa tunggu lagi? Jom lihat cara penanaman kacang soya.


Gambar 7: 7 biji Kacang Soya yang saya ambil untuk tujuan penggambaran.




             Cara tanam Kacang Soya:

       

       1. Sediakan biji Kacang Soya secukupnya.

       2. Sediakan lubang kecil kedalaman 4 cm,jarak 

            antara lubang antara 20 cm setiap lubang.

       3. Masukkan 4-6 biji Kacang Soya setiap lubang.

       4. Siram setiap hari, pagi dan petang.


                    Mudahnya tanam Soya...



         Okey, sekarang saya tunjukkan hasil tanaman Kacang Soya yang saya tanam sendiri. Anda lihat dan nilai lah sendiri 😊.

 

         Sebelum tuu jom tegok saya "unboxing" kacang soya saya... 😁😁


     Video 1: Hasil kacang Soya yang telah matang


            Berikut merupakan sedikit koleksi gambar-gambar yang sempat saya tangkap sepanjang proses penanaman Kacang Soya beberapa bulan yang lalu.









        Encik Lenges pun ambil bahagian dalam misi menanam kacang Soya hari tu. Tolong hiburkan hati semasa mula proses penanaman kacang Soya sehingga kacang Soya mula mengeluarkan bunga.




  








     




   
 
       Sekiranya anda mahu menghasilkan E-book anda sendiri, terdapat satu platform yang ada gunakan. Menariknya anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar designer E-book anda! Sekiranya anda benci menulis, tetapi masih mahukan E-book sendiri, platform ini dapat membantu anda, jimat masa, jimat duit tau!! Best gitchuuu.

                Untuk yang berminat nak cari duit lebih,  korang boleh join program Affiliate Marketing. Join free je tak da guna modal pun. Yang penting korang mesti rajin dan usaha pun kena lebih sikit laa, nak berjaya bukan la senang. Saya pun sedang mengikuti program yang sama. Jom join saya dalam usaha mencari side income dari internet. Saya tunggu anda disana!!.

    

Ulasan

Catatan Popular